Tun Dr Mahathir buat tinjauan

Astro Awani
Disember 8, 2018 16:02 MYT
Tiada kenyataan direkodkan dalam video berkenaan, cuma bunyi siren dari pengiring polisnya boleh didengar dalam video berkenaan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas ia berakhir petang Sabtu.
Video yang berdurasi seminit itu memperlihatkan Dr Mahathir memandu kereta jenis Proton, berdasarkan logo yang tertera di stereng kereta berkenaan.
Tiada kenyataan direkodkan dalam video berkenaan, cuma bunyi siren dari pengiring polisnya boleh didengar dalam video berkenaan.
Dr Mahathir dilihat memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dengan bunyi siren polis pengiring dapat didengari.
Himpunan ICERD yang berakhir petang tadi berlangsung aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial memandu di pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat sendiri keadaan di ibukota selepas perhimpunan anti-ICERD. #kualalumpur #antiICERDrally #perdanamenteri #malaysiabaru pic.twitter.com/kp6fcceyCc

— Firdaus Abdullah (@firdyfire) December 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dataran Merdeka #Himpunan 812 #Kuala Lumpur #Mahathir Mohamad #Merdeka #perhimpunan #Proton #Tun Mahathir