awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Juhar terima kunjungan hormat PM Anwar

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
01/03/2023
03:07 MYT
Tun Juhar terima kunjungan hormat PM Anwar
Tun Juhar (kanan) menerima kunjungan hormat Perdana Menteri di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.
Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail, tiba bersama delegasi lebih kurang jam 9.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira 45 minit dalam sesi yang berlangsung di Dewan Kunjungan Khas itu.
Beliau kemudiannya beredar meninggalkan istana, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.15 pagi.
Pada 4.30 petang semalam, Anwar hadir pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) sejurus tiba di Sabah.
Pada sebelah malam, beliau menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Anggota Jemaah Kabinet Sabah di Sutera Harbour pada 8.30 malam.
Kunjungan hormat Anwar itu julung kali diadakan selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.
Selepas kunjungan hormat itu, Anwar bersama delegasi dijadual berlepas ke Manila, Filipina pada jam 11.30 pagi untuk lawatan rasmi ke negara berkenaan selama dua hari bermula hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
#Tun Juhar Mahiruddin
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan