Tun M berbasikal 11km di usia 94 tahun

Sinar Harian
Julai 14, 2019 09:35 MYT
Syed Saddiq berkongsi aktiviti berbasikal beliau, yang turut disertai Dr Mahathir, di Twitter miliknya hari ini. Twitter Syed Saddiq
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan usia bukan halangan untuk menjalani gaya hidup aktif.
Beliau yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-94 pada 10 Julai lalu berjaya menamatkan kayuhan sejauh 11 kilometer di Litar Antarabangsa Sepang, pagi tadi.
Perkara itu dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitternya hari ini.
"Kayuh 11km bersama @chedetofficial di Litar Antarabangsa Sepang. Sangat mengagumkan," tulisnya.

Kayuh 11km bersama @chedetofficial di Sepang International Circuit. Truly impressive pic.twitter.com/n3GMcZ7Pwz

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Dr Mahathir di laman Twitternya menekankan mengenai keperluan untuk bersenam walaupun usia makin bertambah.
"Bila umur makin meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik," katanya.

Kayuh basikal di litar lumba Sepang International Circuit pagi tadi. Bila umur makin meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik. pic.twitter.com/GEoHUFHxVA

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata warganet menyatakan kekaguman terhadap Dr Mahathir yang masih sihat dan aktif, antaranya @zafirahhanis berkata: 'Malu saya, umur masih muda tapi sangat malas bersenam'.
Sementara @TheRosyCosy menulis: 'Kagum.. cemburu kerana sangat bertenaga... semoga terus sihat & diberkati ALLAH sentiasa'.
#basikal #Bersenam #gaya hidup #Litar Antarabangsa Sepang #Mahathir Mohamad #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Twitter