NATIONAL
Tun M direkod keterangan hari ini

Bekas Perdana Menteri itu dijangka akan dirakam keterangan kira-kira jam 3 petang ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan direkod keterangan dipercayai berkaitan kenyataannya baru-baru ini yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.
Sumber berkata, bekas Perdana Menteri itu dijangka akan dirakam keterangan kira-kira jam 3 petang ini.
"Berdasarkan maklumat ringkas yang diterima, Tun Dr Mahathir akan dirakam keterangan hari ini (Selasa) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.
Dakwaan Dr Mahathir bahawa masyarakat India di negara ini tidak setia menerusi satu temu bual bicara baru-baru ini mengundang kecaman ramai.Beliau mendakwa masyarakat India di negara ini masih terikat dengan negara asal mereka.
Kenyataan bekas Perdana Menteri itu kemudiannya ditempelak banyak pihak dan terdapat beberapa pihak yang bertindak membuat laporan polis. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami