awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M: Kelengkapan ketenteraan perlu sesuai mengikut keadaan

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2013
10:01 MYT
Tun M: Kelengkapan ketenteraan perlu sesuai mengikut keadaan
Pasukan keselamatan negara perlu dilengkapkan dengan alatan kententeraan yang sesuai mengikut keadaan.
Merujuk kepada situasi di Lahad Datu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kesesuaian persenjataan termasuk logistik perlu diambil kira pihak terlibat.
“Selain keperluan senjata, faktor muka bumi juga harus dikaji. Pihak keselamatan memerlukan alatan yang sesuai mengikut keadaan sekeliling memandangkan tempat tersebut ada hutan bakau , sungai kecil yang cetek dan ini akan menyukarkan bot tentera untuk keluar masuk.
“Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan keperluan dan kelengkapan buat pasukan keselamatan supaya memudahkan mereka menangkis segala serangan,” kata Dr Mahathir.
Beliau pada masa sama menangkis tomahan pembangkang yang menyifatkan insiden di Lahad Datu sebagai satu sandiwara kerajaan.
Bekas perdana menteri itu juga yakin pasukan keselamatan dapat menjalankan tugas memepertahankan kedaulatan negara dari ancaman luar.
Tun Mahathir ditemui selepas mengadakan lawatan singkat bertemu pasukan keselamatan di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Topic Berkaitan
#alatan ketenteraan
#kelengkapan
#Lahad Datu
#pasukan keselamatan
#TUN DR MAHATHIR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan