Berita baik untuk sejumlah 112,635 peneroka di bawah skim Felda apabila Kerajaan Malaysia akan menghulurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 setiap orang.
Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media khas bersama wartawan Malaysia bagi merumuskan lawatan kerja beliau selama tiga hari ke Jepun, yang berakhir hari ini.
Dr Mahathir berkata, bantuan itu, yang keseluruhannya berjumlah RM34 juta, telah dimuktamadkan memandangkan masalah kewangan yang dihadapi peneroka Felda ketika ini, ekoran tempoh yang lama diperlukan untuk pokok kelapa sawit menghasilkan buah.
“Ya, kami akan memberi (bantuan) kepada mereka. Kerajaan akan membelanjakan RM34 juta, tetapi memandangkan mereka sedang menghadapi masalah, maka kami sanggup berbuat demikian.
“Tetapi golongan peneroka haruslah ‘deliver’. Jangan mengambil buah yang mereka tidak tanam,” katanya lagi.
Semalam tular sepucuk surat rasmi kerajaan, ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen dan ditujukan kepada Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar bertarikh 30 Mei, yang menyatakan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lepas memutuskan bantuan berkenaan.
Pada masa yang sama, surat itu menyebut, Felda juga dipohon membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PH) kepada peneroka terlibat.
Menurut surat itu, Felda diminta membuat pembayaran secepat mungkin sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Dr Mahathir juga mengingatkan peneroka Felda agar tidak menjual buah kelapa sawit kepada peraih lain yang tidak diiktiraf, semata-mata demi mengaut keuntungan lebih.
“Kerajaan memberi bantuan, dan sebenarnya ia berbentuk pinjaman. Akhirnya, apabila pokok itu menghasilkan buah, kita mengharapkan ia akan dihantar ke kilang yang sesuai, tetapi mereka menghantarnya ke kilang lain, dan mengambil duit. Itu adalah salah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri May 31 2019
Bantuan yang keseluruhannya berjumlah RM34 juta, telah dimuktamadkan memandangkan masalah kewangan yang dihadapi peneroka Felda ketika ini, ekoran tempoh yang lama diperlukan untuk pokok kelapa sawit menghasilkan buah. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Tun M sahkan bantuan RM300 kepada peneroka Felda
Berita baik untuk sejumlah 112,635 peneroka di bawah skim Felda apabila Kerajaan Malaysia akan menghulurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 setiap orang.