SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
Perkara itu dikongsikan pembantunya, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Menurut Adam Mukhriz, angka itu antara satu tahap umur yang tidak ramai orang boleh melepasinya.
“Terima kasih Tun (Dr Mahathir) untuk perjuangan Tun yang belum selesai. Umur Tun juga melepasi umur sejarah penubuhan Malaysia.
“Tun dah faham sangat tanah air yang tercinta ini yang mana generasi hari ini tidak faham kenapa Tun masih berjuang sehingga hari ini untuk negara bangsanya,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.
Bagaimanapun, menurutnya, orang ramai suatu hari nanti pasti akan memahami perjuangan yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.
“Selamat hari jadi, Tuan. Saya akan selalu berjalan seiring dengan Tun sampai bila-bila yang mana saya akan kenang ke akhir hayat saya,” jelasnya.
Anak jati Seberang Perak, Alor Setar itu mencipta sejarah tersendiri setelah dilantik Perdana Menteri sebanyak dua kali dan kali pertama ialah selama 22 tahun (1981-2003) sekali gus menjadi pemimpin paling lama berkhidmat.
Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baharu menjadikannya parti politik rasmi.
Dr Mahathir menjadi pengerusi parti itu dan pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan dan bakal dilantik Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya.
Bagaimanapun, selepas perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari selepas 21 bulan mentadbir negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri kelapan.
Kemudian pada Mei 2020, beliau digugurkan keahlian Bersatu dan menubuhkan parti baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Ogos 2020 malah melantik dirinya sebagai Pengerusi Pejuang manakala presiden, ialah anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Dr Mahathir merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Pejuang bertanding bagi kerusi Parlimen P4-Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023
Dr Mahathir pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98. - Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri - Premier Abang Johari ulas kenyataan Tun M
Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.