MALAYSIA
Tun M sekali lagi ulang dakwaan ART 2025 berat sebelah
Dr Mahathir berkata, perjanjian yang mempunyai impak terhadap negara seharusnya mengambil masa yang lebih lama untuk dibincang dan dipertimbangkan, bukannya dilakukan dalam masa hanya dua hari. - Gambar fail REUTERS
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik keras Perjanjian Timbas Balas Perdagangan (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS), mendakwa ia satu pengkhianatan kepada negara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau mendakwa, Malaysia kini seolah-olah berada di bawah naungan AS kerana katanya, perjanjian tersebut ‘berat sebelah’ dan menyebabkan Malaysia berada di kedudukan yang rugi.
Malah, menurut beliau, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri mengakui perjanjian itu mengikat negara pada kedudukan yang tidak sepatutnya.
“Sebab itu menteri (Tengku Zafrul sendiri) pun sedar bahawa perjanjian ini tidak baik. Walaupun dia daripada kerajaan, tetapi dia terpaksa menyatakan bahawa ini adalah satu perjanjian berat sebelah dan sepatutnya ia tidak ditandatangani," katanya pada satu sidang media khas di sini semalam.
Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan Sidang Meja Bulat mengenai ART antara AS dan Malaysia bersama parti-parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan kedaulatan kepada AS susulan meratifikasi ART.
Selain menyifatkan kritikan itu tidak berasas, satu pembohongan dan bersifat politik semata-mata, Anwar menegaskan, perjanjian tersebut dimeterai atas kepentingan pelaburan dan perdagangan negara, bukan kerana tunduk kepada mana-mana kuasa besar.
“Kalau betul kita hanya bagi monopoli sepenuhnya kepada AS, bagaimana boleh kita tandatangani FTA (perjanjian perdagangan bebas) dengan negara China? Dan bagaimana hari ini kita boleh bincang dengan JS Link, dengan Lynas, isu nadir bumi oleh syarikat Korea Selatan?” soalnya kembali.
Sementara itu Tengku Zafrul akui perjanjian itu mungkin memerlukan pindaan terhadap klausa tertentu, namun beliau turut menegaskan bahawa kerajaan berjaya melindungi kepentingan negara dalam sektor tertentu, terutamanya impak ekonomi terhadap sektor perdagangan.
Beliau menjelaskan perjanjian itu mengelakkan kenaikan tarif sehingga 100 peratus ke atas eksport Malaysia ke AS, selain menurunkan tarif daripada 25 peratus kepada 19 peratus dan menghapuskan 1,711 garis tarif bernilai RM22 bilion.
Kerajaan juga menolak syarat yang melibatkan sektor strategik seperti tenaga, telekomunikasi dan hak Bumiputera, sambil menegaskan Malaysia kekal bebas membuat perjanjian dengan negara lain selagi tidak menjejaskan keselamatan bersama.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, perjanjian yang mempunyai impak terhadap negara seharusnya mengambil masa yang lebih lama untuk dibincang dan dipertimbangkan, bukannya dilakukan dalam masa hanya dua hari.
“Apabila satu perjanjian yang begitu serius dikemukakan, kita perlu ada perbincangan mendalam untuk mengetahui apa kesan daripadanya. Apa kesan kepada kita, apa kesan kepada negara lain dan apa tindakan yang boleh kita ambil?
“Sepertimana dalam kes krisis kewangan Asia (1997), kita bincang perkara itu satu tahun. Satu tahun nak cari jalan nak lawan, akhirnya kita berjaya. Ini, yang kita nampak, dalam dua hari," tambahnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik keras Perjanjian Timbal Balas Perdagangan (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat, menyebutnya sebagai pengkhianatan terhadap negara.
- Beliau menegaskan bahawa perjanjian tersebut mengikat Malaysia pada kedudukan yang merugikan negara, disokong oleh kenyataan Menteri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengakui ketidaksempurnaan perjanjian itu.
- Mahathir menekankan perlunya perbincangan mendalam dan masa yang mencukupi sebelum menandatangani perjanjian yang memberi impak besar kepada negara.
Beliau mendakwa, Malaysia kini seolah-olah berada di bawah naungan AS kerana katanya, perjanjian tersebut ‘berat sebelah’ dan menyebabkan Malaysia berada di kedudukan yang rugi.
Malah, menurut beliau, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri mengakui perjanjian itu mengikat negara pada kedudukan yang tidak sepatutnya.
“Sebab itu menteri (Tengku Zafrul sendiri) pun sedar bahawa perjanjian ini tidak baik. Walaupun dia daripada kerajaan, tetapi dia terpaksa menyatakan bahawa ini adalah satu perjanjian berat sebelah dan sepatutnya ia tidak ditandatangani," katanya pada satu sidang media khas di sini semalam.
Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan Sidang Meja Bulat mengenai ART antara AS dan Malaysia bersama parti-parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan kedaulatan kepada AS susulan meratifikasi ART.
Selain menyifatkan kritikan itu tidak berasas, satu pembohongan dan bersifat politik semata-mata, Anwar menegaskan, perjanjian tersebut dimeterai atas kepentingan pelaburan dan perdagangan negara, bukan kerana tunduk kepada mana-mana kuasa besar.
“Kalau betul kita hanya bagi monopoli sepenuhnya kepada AS, bagaimana boleh kita tandatangani FTA (perjanjian perdagangan bebas) dengan negara China? Dan bagaimana hari ini kita boleh bincang dengan JS Link, dengan Lynas, isu nadir bumi oleh syarikat Korea Selatan?” soalnya kembali.
Sementara itu Tengku Zafrul akui perjanjian itu mungkin memerlukan pindaan terhadap klausa tertentu, namun beliau turut menegaskan bahawa kerajaan berjaya melindungi kepentingan negara dalam sektor tertentu, terutamanya impak ekonomi terhadap sektor perdagangan.
Beliau menjelaskan perjanjian itu mengelakkan kenaikan tarif sehingga 100 peratus ke atas eksport Malaysia ke AS, selain menurunkan tarif daripada 25 peratus kepada 19 peratus dan menghapuskan 1,711 garis tarif bernilai RM22 bilion.
Kerajaan juga menolak syarat yang melibatkan sektor strategik seperti tenaga, telekomunikasi dan hak Bumiputera, sambil menegaskan Malaysia kekal bebas membuat perjanjian dengan negara lain selagi tidak menjejaskan keselamatan bersama.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, perjanjian yang mempunyai impak terhadap negara seharusnya mengambil masa yang lebih lama untuk dibincang dan dipertimbangkan, bukannya dilakukan dalam masa hanya dua hari.
“Apabila satu perjanjian yang begitu serius dikemukakan, kita perlu ada perbincangan mendalam untuk mengetahui apa kesan daripadanya. Apa kesan kepada kita, apa kesan kepada negara lain dan apa tindakan yang boleh kita ambil?
“Sepertimana dalam kes krisis kewangan Asia (1997), kita bincang perkara itu satu tahun. Satu tahun nak cari jalan nak lawan, akhirnya kita berjaya. Ini, yang kita nampak, dalam dua hari," tambahnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kritikan utama yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perjanjian Timbal Balas Perdagangan (ART)?
A: Beliau menyifatkan perjanjian tersebut sebagai pengkhianatan kepada negara dan menyatakan bahawa Malaysia berada dalam kedudukan yang merugikan akibat perjanjian tersebut. - Q: Siapakah yang mengakui ketidaksempurnaan perjanjian ART antara Malaysia dan Amerika Syarikat?
A: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sendiri mengakui perjanjian itu mengikat negara pada kedudukan yang tidak sepatutnya. - Q: Mengapakah Dr. Mahathir menekankan perlunya masa yang lebih lama untuk membincangkan perjanjian yang memberi kesan besar kepada negara?
A: Baginya, perbincangan yang mendalam dan berperingkat diperlukan untuk memahami kesan perjanjian terhadap negara, bukannya dilakukan dalam masa yang terlalu singkat seperti dua hari sahaja.
#ART 2025 Malaysia-AS
#Perjanjian perdagangan Malaysia-AS
#Perjanjian timbal balik perdagangan
#Mahathir Mohamad