Tun M tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, dijangka beri keterangan polis petang ini

Ridauddin Daud
Januari 23, 2024 07:14 MYT
Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 2.37 petang tadi. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 2.37 petang tadi.
Beliau juga sempat melambai ke arah wartawan yang menunggu sejak jam 2 petang tadi sebaik kenderaan jenis Lexus berwarna kelabu itu bergerak memasuki bangunan.
Sebaik tiba di lobi, bekas Perdana Menteri itu dilihat terus memasuki bangunan yayasan tersebut.

2.37 ptg Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 2.37 petang tadi.@501Awani pic.twitter.com/UkUhHwsWGA

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) January 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan maklumat dikongsi kepada media, beliau dijadual akan memberi kenyataan kepada anggota polis pada jam 3 petang ini.
Difahamkan ia berkaitan dengan kenyataan menyentuh kaum India yang dikeluarkan beliau baru-baru ini.
Astro AWANI akan terus berada di luar bangunan untuk memantau perkembangan di sini dari semasa ke semasa.
Setakat ini, pihak media masih belum dimaklumkan sama ada satu sidang media bakal diadakan atau tidak selepas beliau selesai dirakam keterangan.
#Tun Mahathir #diambil keterangan #kaum india #Yayasan Kepimpinan Perdana