Tun Mahathir dan isteri hadiri Bersih 4

Astro Awani
Ogos 29, 2015 11:50 MYT
Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka pada jam 7.25 malam ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir ke perhimpunan Bersih 4, dekat Dataran Merdeka.
Kehadiran mereka disambut peserta perhimpunan yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama mantan perdana menteri itu.
Dr Mahathir tiba di lokasi perhimpunan pada jam 7.15 malam dengan berpakaian biasa dan tidak mengenakan baju yang tertera kempen Bersih 4.
Tun Mahathir dan isteri bagaimanapun dikawal ketat apabila ramai peserta yang mahu mendekati dua sosok berkenaan.
Dua tokoh itu berada di sekitar Dataran Merdeka selama 20 minit dan hanya beredar sekitar jam 7.45 malam.
Terdahulu, semasa berucap di Pasir Gudang, Johor, Dr Mahathir menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai satu gerakan rakyat.
Ujarnya, rakyat kini hanya cuba menyuarakan perasaan dan kebimbangan mereka tentang hal ehwal negara.
[LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Perhimpunan kekal aman setakat ini
#bersih 4 #Dr Siti Hasmah #Tun Mahathir