MALAYSIA

Tun Mahathir dibenar keluar IJN

Astro Awani 13/01/2022 | 10:00 MYT
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, Tun Dr Mahathir akan terus menjalani proses pemulihan di rumah. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada pukul 3.45 petang hari ini.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu akan terus menjalani proses pemulihan di rumah.
"Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menyampaikan doa sepanjang Dr Mahathir di masukkan ke IJN," kata IJN.
Pada 7 Januari lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif.
Prosedur yang dilaksanakan pasukan doktor IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu berjalan dengan lancar pada Sabtu lalu.
Tiada pelawat dibenarkan untuk melawat beliau seperti yang ditetapkan oleh prosedur operasi standard (SOP) terkini IJN.
#Mahathir Mohamad #bekas perdana menteri #IJN #Tun M masuk hospital