awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh

Seth Akmal
Seth Akmal
25/12/2025
10:00 MYT
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
Tun Dr Mahathir menggesa kerajaan agar mempergiat serta memperluas bantuan kepada mangsa banjir di Sumatera Utara, khususnya di Aceh. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan agar mempergiat serta memperluas bantuan kepada mangsa banjir di Sumatera Utara, khususnya di Aceh.

Ringkasan AI
  • Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan mempergiatkan bantuan kepada mangsa banjir di Aceh sebagai tanda penghargaan kepada negara itu yang berperanan sebagai benteng pelindung terhadap Malaysia.
  • Beliau menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan kepada Komite Peralihan Aceh (KPA) Pusat untuk membantu mangsa banjir dan tanah runtuh susulan Taufan Senyar yang melanda wilayah tersebut.
  • Bencana alam di Aceh telah mengorbankan nyawa dan mencederakan ribuan orang, menurut laporan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia dengan hampir satu juta penduduk terjejas pada 26 November lalu.

Dr Mahathir berpendapat kedudukan geografi Aceh yang terletak di barat Semenanjung Malaysia berperanan sebagai ‘benteng semula jadi’, sekali gus mengurangkan kesan bencana alam tertentu terhadap Malaysia.
“Segala ribut taufan dari Lautan Hindi, apabila tiba di Malaysia, tidak lagi berada pada tahap yang teruk kerana Aceh berperanan sebagai benteng pelindung yang membantu melindungi Malaysia,” katanya menerusi siaran video yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.
Tambahnya, kedudukan alamiah Aceh yang berperanan melindungi Malaysia daripada impak bencana alam tertentu seharusnya menjadi dorongan kepada negara ini untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
“Sekarang, mereka menghadapi malapetaka, sepatutnya, kita beri bantuan kepada mereka sebagai tanda kesyukuran, tanda budi kita terhadap jasa mereka melindungi Malaysia.
“Hari ini, mereka hadapi malapetaka tiada rumah untuk tidur, tiada tempat dan makanan,” katanya lagi.
Beliau turut menyingkap pengalaman tragedi tsunami 2004 apabila Aceh mencatatkan korban terbesar, sekitar 167,000 orang, manakala Malaysia hanya merekodkan 67 kematian.
“Ketika itu (tsunami) Aceh hancur tapi Malaysia selamat,” kata tokoh politik berusia 100 tahun itu.
Beliau turut menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan kepada Komite Peralihan Aceh (KPA) Pusat, iaitu sebuah organisasi yang berperanan dalam usaha kebajikan, koordinasi bantuan dan pemulihan pascabencana di Aceh.
Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia, seramai 1,135 orang dilaporkan meninggal dunia, 173 orang masih hilang, manakala kira-kira 4,900 orang cedera, dengan 52 kabupaten/kota terjejas akibat bencana.
Untuk rekod, kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh susulan Taufan Senyar pada 26 November lalu telah mengakibatkan hampir satu juta penduduk terjejas, dengan angka itu direkodkan sebagai yang tertinggi pada 8 Disember.


Topic Berkaitan
#Aceh
#Mahathir Mohamad
#banjir Sumatera
#bantuan
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan