awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir kembali ke pentas PBB, kemuka dasar luar Malaysia baharu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/09/2018
11:41 MYT
Tun Mahathir kembali ke pentas PBB, kemuka dasar luar Malaysia baharu
Dr Mahathir bakal kembali ke pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Perhimpunan Agung badan dunia itu bermula 25 September ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal kembali ke pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Perhimpunan Agung badan dunia itu bermula 25 Sept ini.
Selain menghadiri mesyuarat dan perjumpaan dua hala, acara kemuncak persidangan kali ini adalah sesi debat umum bertajuk 'Making the United Nations Relevant to All People: Global Leadership and Shared Responsibilities for Peaceful, Equitable and Sustainable Societies' pada 28 Sept.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata terdapat juga sesi dialog serta temubual antara Dr Mahathir dengan beberapa badan dunia dan media antarabangsa.
"Beliau dijangka mengetengahkan butir-butir penting mengenai dasar luar negara Malaysia baharu, dan mempertahankan pendirian berprinsip negara mengenai isu-isu yang berkepentingan kepada Malaysia.
"Saya kira tema ini akan turut menekankan komitmen para pemimpin negara dalam menangani cabaran-cabaran mengenai keamanan, kesaksamaan dan kemampanan," katanya pada sidang media di Wisma Putra tempoh hari.
Pada 26 Sept, beliau akan mengadakan dialog dengan ahli-ahli 'U.S. Council on Foreign Relations', yang akan membincangkan situasi di dalam Malaysia serta hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Asia.
Beliau seterusnya akan menyertai Forum Perniagaan Global Bloomberg dalam sesi perbincangan panel bertajuk 'Emerging Global Trade Relationships'.
Selain itu, Dr Mahathir juga akan menyampaikan ucapan mengenai 'Insights on How Malaysia will Meet the Challenges Confronting the Security, Prosperity and Sustainability in Asia' di Asia Society.
Dalam lawatan ini juga beliau akan menyampaikan ucaptama di acara 'Achieving SDGs: Unleashing the Potential of Islamic Finance' yang akan diadakan di Ibu Pejabat PBB anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Bank Pembangunan Islam (IDB).
"Sudah tentu bahawa semasa di New York, YAB Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya di sela-sela Sesi Ke-73 Perhimpunan Agung PBB untuk membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama.
"Wisma Putra menilai pertemuan-pertemuan peringkat tertinggi sedemikian sebagai amat berguna dalam mengeratkan hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan negara-negara berkenaan, serta mengukuhkan muafakat di antara para pemimpin dalam isu-isu global dan berkepentingan bersama," ujar Saifuddin.
Turut menemani Dr Mahathir adalah isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta deligasi menteri kabinet lain termasuk Saifuddin, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kabinet
#Mahathir Mohamad
#Media
#Mohamad Sabu
#New York
#PBB
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#Saifuddin Abdullah
#UNGA
#United Nations
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan