MALAYSIA

Tun Mahathir mahu menegakkan keluhuran undang-undang

Hilal Azmi 30/08/2015 | 10:12 MYT
Ini merupakan hari kedua beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turun ke kawasan peserta Bersih 4 berhimpun. - Foto Astro AWANI/ Hilal Azmi
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hadir ke perhimpunan Bersih 4 yang diharamkan di Kuala Lumpur bukan sebagai satu manifestasi menolak Barisan Nasional.

Kata Dr Mahathir, kehadiran beliau tiada kena mengena dengan menyokong sesiapa atau menyebelahi mana-mana kaum tetapi kerana menegakkan keluhuran undang-undang.

"Dulu tak perlu. Kita ada undang-undang. Kita lapor polis, polis ambil tindakan, AG (Peguam Negara) ambil tindakan," katanya ketika ditemui media semasa 'bersiar-siar' di Pasar Seni sempena Himpunan Bersih 4 yang diharamkan di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, beliau menegaskan Barisan Nasional masih menguasai majoriti Dewan Rakyat sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak turun kuasa.

Dr Mahathir turut mengakui Bersih 4 merupakan demonstrasi jalanan yang pertama disertai beliau sepanjang hayatnya.

Ini merupakan hari kedua beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turun ke kawasan peserta Bersih 4 berhimpun.

BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Ucapan Tun Mahathir di Pasar Seni curi tumpuan
#Bersih 2.0 #bersih 4 #Dataran Merdeka #Maria Abdullah #Tun Mahathir