KUALA LUMPUR:Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengakui perletakan jawatannya adalah atas kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam buku terbaharunya berjudul “My Story: Justice in the Wilderness”, Thomas berkata, biarpun beliau dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu, namun orang yang sama juga yang memintanya mengundurkan diri.
Kata Tommy, alasan yang diberi ialah tentangan daripada orang Melayu.
Dalam prolog buku itu, Tommy juga mengimbas detik ketika Dr Mahathir memberitahunya Yang di-Pertuan Agong telah meluluskan pelantikannya sebagai Peguam Negara pada Jun 2018.
"Tun mahu saya mengundurkan diri kerana orang Melayu tidak bersetuju dengan pelantikan saya.
"Saya sangat terkejut. Beliau mahu saya meletak jawatan pada keesokan harinya. Peluang paling berharga dalam hidup saya terlepas begitu sahaja, sebelum saya sempat menarik nafas,” tulisnya dalam prolog buku berkenaan.
Buku berkenaan diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Penyelidikan Strategik dan digambarkan di laman web Gerakbudaya sebagai "pendedahan pertama oleh pegawai kanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai pencapaian, kekecewaan dan kegagalan pentadbiran bukan daripada Barisan Nasional selepas 60 tahun Malaysia merdeka”.
Buku tersebut turut mendedahkan tentang bagaimana Thomas membuat keputusan penting, termasuk pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low); bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Goldman Sachs kerana peranan mereka dalam skandal 1MDB, terutama mengenai pelbagai pendakwaan yang berkaitan dengan skandal tersebut.
Buku ini akan mula dijual pada 30 Januari, tetapi boleh dipesan lebih awal melalui laman web Gerakbudaya.
Astro Awani
Wed Jan 27 2021

Pendedahan dibuat Tommy Thomas dalam buku terbaharunya, My Story: Justice in the Wilderness. - Gambar fail/ Astro AWANI

Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Chini sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Chini, Pahang bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib dijangka fail permohonan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Tommy Thomas - Peguam
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.

Buku Tommy 'membingungkan', tetapi tak perlu sampai nak haramkan - Anwar
Anwar berkata, kandungannya tidak berlandaskan fakta sebenar, tetapi ia tidak bermaksud perlu sampai ke tahap pembulian dan pengharaman

Pendapat Tommy Thomas tidak tepat - Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia berpendapat apa yang diperkatakan Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya mengenai ketidakmampuan sikap, komitmen dan dedikasi pegawai AGC, adalah tidak tepat.

Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali
Buku tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, 'Justice in the wilderness' disifatkan sebuah nukilan 'balas dendam' dan tidak beretika yang mencemarkan institusi kehakiman di negara ini.

Tommy Thomas: Polis Kelantan terima 15 laporan, diserah kepada Bukit Aman
Buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness" tulisan Tommy itu dikatakan berbaur hasutan serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 7 Februari 2021.

Memoir Tommy Thomas tersenarai antara 'best seller' Amazon
Bagi kategori Keluaran Baharu kategori Biografi Peguam dan Hakim pula, bukunya berada di kedudukan pertama, masih mengatasi Harris yang berada di tempat kedua.

Polis terima 134 laporan, 3 lagi kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Bukit Aman
Antara laporan diterima mendakwa buku terbabit mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah.

Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.