Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut

Umavathi Ramayah
Disember 17, 2021 10:10 MYT
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7 petang Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan yang dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga selesai prosedur itu, negarawan berkenaan akan kekal di pusat perubatan itu.
"Susulan prosedur operasi standard (SOP) disebabkan COVID-19, buat masa ini, tiada pengunjung dibenarkan untuk melawat beliau," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7 petang Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.
BACA: Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut
Kesihatan | Tun Mahathir dimasukkan ke IJN
Untuk rekod, Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.
Kesemua rawatan jantung Dr Mahathir seterusnya telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
#Tun Dr Mahathir Mohamad #Institusi Jantung Negara #COVID-19 #Langkawi