Tun Mahathir masih di Istana Negara

Astro Awani
Februari 24, 2020 10:04 MYT
Tun Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan situasi politik semasa. - Gambar fail
Selepas lebih satu jam setengah, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada kira-kira jam 4.40 petang Isnin, beliau yang menaiki Proton Perdana hitam tiba menerusi pintu utama, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan situasi politik semasa selepas menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu, Tun Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1 petang tadi.
Beliau turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
#Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #politik #Yang di-Pertuan Agong