Tun Mahathir mengulas tentang isu 3R

Tun Dr Mahathir Mohamad
Julai 18, 2023 08:57 MYT
Dr Mahathir berkata, Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan. - Gambar fail
1. RAKYAT diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.
2. Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh “race” atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan “multiracial” juga menyentuh “race”.
3. Kenapakah berbilang bangsa atau kaum (race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh.
4. Kemudian agama.
5. Kita tidak boleh bincang masalah agama.
6. Tetapi kita boleh bercakap berkenaan “secularism”.
7. “Secularism” bermakna tidak boleh ada agama rasmi. Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi.
8. Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh.
9. Akhir sekali soal institusi raja.
10. Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja.
11. Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil.
12. Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu.
13. Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku, dan dakwaan tidak boleh dibuat maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.
14. Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan.
15. Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak.
16. Menghalang perbincangan berkenaan tiga perkara ini menidakkan kebebasan bersuara.
17. Ia amat serius.
18. Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.
19. Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Julai 2023

3 R 1. Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh. 2. Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh race atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan multiracial juga menyentuh race.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#3R #Tun Mahathir #orang Melayu #Raja Berpelembagaan