[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Tun Mahathir negatif COVID-19

Asyraf Roslan 22/03/2020 | 11:37 MYT
Menerusi laporan itu, keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya pada Ahad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan negatif terhadap jangkitan COVID-19.
Meskipun disahkan negatif, beliau memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa akan tetap mematuhi protokol kuarantin selama 14 hari.
Menerusi laporan The Star, keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya pada Ahad.
"Ujian tersebut telah disahkan negatif, namun dia (Tun M) masih akan mengikuti protokol kuarantin selama 14 hari," kata pembantunya.
BACA : Tun Mahathir kuarantin diri di rumah
Terdahulu, Tun Mahathir dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif COVID-19.
Beberapa hari lepas, Dr Mahathir juga memuat naik nasihat kepada rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjangkiti orang lain.
#coronavirus #COVID-19 #kesihatan #koronavirus #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #rakyat Malaysia #Tun M #Tun Mahathir