Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih ramai orang Melayu yang enggan melakukan kerja susah sehingga negara menyaksikan kemasukkan tenaga kerja asing yang begitu ramai.
“Yang sanggup bekerja (pekerja buruh) ada, saya tidak kata kepada orang yang sanggup.
“Jika kita lakukan semua kerja, wang kita tidak akan mengalir keluar negara. Kita tidak akan rugi,” katanya ketika mengulas reaksi ramai susulan penulisan beliau di laman blognya bertajuk ‘tak bekerja’.
Dr Mahathir berkata setiap bulan Malaysia menyaksikan aliran keluar wang RM2 bilion susulan pengambilan tenaga kerja asing.
“Jika kita bekerja semua sektor, kita akan jimatkan wang dan menyumbang kepada dana negara.
“Jika kita berikan kerja kita kepada orang lain (tenaga kerja asing), mereka akan menghantar wang ke negara mereka, setiap bulan RM2 bilion dihantar.
“Namun jika kita suka begitu, tidak mengapalah,” tambahnya.
Dr Mahathir yang dalam rangka lawatan kerja ke Kyoto Jepun turut mengambil contoh penduduk negara itu yang mana sanggup bekerja sebagai buruh kasar.
“Di Jepun mereka sendiri sapu (bersihkan) jalan dan mereka jaga kebersihan negara mereka. Mereka tidak kerahkan tenaga kerja asing dan sebab itu mereka maju dan kaya,” katanya sambil menambah sejarah membuktikan orang Melayu enggan bekerja sebagai penoreh getah dan lombong.
Terdahulu dalam Dr Mahathir dalam penulisan di blognya Chedet menegaskan orang Melayu sehingga hari ini masih tidak sedar dan enggan bekerja sehingga menyebabkan kebanjiran warga asing.
“Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, tuankah?,” soal Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu.
Najib Aroff
Sat Sep 07 2019
Dr Mahathir berkata setiap bulan Malaysia menyaksikan aliran keluar wang RM2 bilion susulan pengambilan tenaga kerja asing. - Gambar fail/ASTRO AWANI
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir.
Tun Mahathir nafi dakwaan galakkan keganasan di Perancis
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mengalakkan keganasan di Perancis.
Orang lain buat perhimpunan boleh, orang Melayu buat terus dianggap rasis - Tun Mahathir
Ia situasi yang menyedihkan kerana orang Melayu dan Bumiputera banyak bertoleransi dengan kaum lain, kata Perdana Menteri.
Orang Melayu tak sedar, masih anggap diri 'Tuan' - Tun M
Dr Mahathir berkata kaum Melayu sepatutnya sudah belajar daripada sejarah bagaimana generasi mereka terdahulu tidak mengambil peluang meningkatkan taraf ekonomi ketika pemerintahan British.
Tindakan Tun Mahathir gerakan negatif menjatuhkan UMNO - Ahmad Bashah
Jelasnya, surat terbuka yang ditulis menerusi blog chedet adalah gerakan negatif yang berhasrat menjatuhkan serta merosakkan UMNO.
Tun M, sila tunggu keputusan siasatan jika mahu kebenaran - 1MDB
Kenyataan itu dikeluarkan 1MDB bagi mengulas entri terkini Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk '1MDB Clarifies'.
Konspirasi tak wujud - Tun M
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak terdapat konspirasi menggulingkan Perdana Menteri. Sebaliknya; gesaannya ke arah ini dibuat secara terbuka tanpa gerakan bawah tanah.
Sembunyikan maklumat salah laku kerajaan juga satu jenayah - Tun M
Bukan sahaja pihak yang mendedahkan maklumat perlu diambil tindakan, malah mereka yang menyembunyikan bukti juga turut melakukan jenayah.
"Dapatkah kulihat bangsa ku mulia kembali?" - Tun Mahathir
Kedudukan politik yang dikuasai bangsa Melayu di Malaysia sejak merdeka, kini dilihat faktor yang menghancurkan bangsa itu sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Najib yang memalukan negara, bukan saya' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang menyifatkan temu bualnya dengan The New York Times sebagai memalukan negara.