MALAYSIA

Tun Mahathir puji kejayaan kerajaan tangani COVID-19

Fareez Azman 05/06/2020 | 14:45 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan kerajaan dalam membendung pandemik COVID-19. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kejayaan kerajaan dalam membendung pandemik COVID-19 di Malaysia ketika ini.

Jelasnya, ia hasil kerjasama sektor kesihatan negara dalam memastikan lengkung COVID-19 dilandaikan.

"Sama ada kerajaan berjaya atau tidak dalam mengendalikan situasi semasa itu merisaukan kita.

"Tetapi kerajaan telah mengendalikan pandemik COVID-19 dengan bagus sekali kerana ia dilakukan tanpa melibatkan ahli politik," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya pada Jumaat.

#bekas perdana menteri #COVID-19 #Kementerian Kesihatan #kesihatan #koronavirus #Mahathir Mohamad #politik #Putrajaya