Tun Mahathir tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH

Hasimi Muhamad
Februari 21, 2020 12:44 MYT
Ketibaan pemimpin berusia 94 tahun itu disambut dengan sorakan -Hidup Tun M- daripada penyokong Bersatu. - Astro AWANI
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini pada Jumaat malam.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri tiba kira-kira 8.30 malam bagi mempengerusi mesyuarat tersebut.
Beliau yang memakai baju Merah menaiki kenderaan jenis proton Perdana berwarna hitam.
Ketibaan pemimpin berusia 94 tahun itu disambut dengan sorakan “Hidup Tun M” daripada penyokong Bersatu.
Selain Dr Mahathir, barisan kepimpinan tertinggi PH lain yang sudah tiba adalah Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Amanah Negara, Mohamad Sabu; dan Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mesyuarat tertinggi badan PH itu dijangka bermula pukul 8.30 malam sebelum satu sidang media akan diadakan sekitar pukul 10.30 malam ini.
#Bersatu #Mahathir Mohamad #majlis presiden PH #Pengerusi Pakatan Harapan #penyokong bersatu #Yayasan Kepimpinan Perdana