Tun Mahathir tiba untuk menghadap Sultan Johor

Shahrul Hassan
Januari 10, 2019 07:55 MYT
Tun Mahathir tiba dengan pesawat khas pada jam 3.30 petang. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Johor Bahru petang ini untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.
Tun Mahathir tiba dengan pesawat khas pada jam 3.30 petang.
Beliau disambut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan barisan Exco Negeri Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Pertemuan Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim adalah pertemuan pertama selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, Mei lalu.
#Exco #Johor Bahru #Mahathir Mohamad #Menteri Besar #Osman Sapian #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU #Sultan Ibrahim #Sultan Johor