Tun Mahathir ucap Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian

Bernama
Disember 24, 2019 16:25 MYT
TUN MAHATHIR: Saya dan isteri, mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu. - Facebook @Dr. Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia yang akan menyambutnya pada Rabu.
"Kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia, warganegara dan bukan warganegara, saya dan isteri, mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu."
Dr Mahathir berkata demikian dalam video pendek yang dimuat naik di laman Facebook rasminya yang menampilkan beliau menandatangani kad ucapan Hari Krismas di pejabatnya.
-- BERNAMA
#Mahathir Mohamad #penganut agama Kristian #Perdana Menteri #Selamat Hari Krismas