[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar

Bernama 18/04/2024 | 10:17 MYT
Perdana Menteri berkata Tun Musa juga menjadi watak yang gigih meneguh perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Menerusi catatan dalam Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri berkata Musa juga menjadi watak yang gigih meneguh perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
"Saya ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Tun Musa Hitam. Semoga Tun terus sihat dan terus memainkan peranan menyemarak perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Tun Musa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90 hari ini. Alhamdulillah, orangnya masih bertokoh dan segak," kata Anwar.
Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar sambutan hari lahir Musa di Johor Bahru.
Musa menjadi Timbalan Perdana Menteri kelima dari 1981 hingga 1986.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #bekas timbalan Perdana Menteri #Musa Hitam #sambutan hari lahir