KUALA TERENGGANU:Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed berkata Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil.
"Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.
"Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di HSNZ.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Mohamed Salleh kini dirawat di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Husain Awang positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
![AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/41737573811611407585380/1886935_899168311611407913889_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar dakwa 114 ahli parlimen tolak darurat - MUBARAK gesa tukar Presiden UMNO - Bekalan darah hanya mampu bertahan lima hari #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia

Ikon televisyen, Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun
Berita kematian ikon televisyen itu disahkan oleh satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri pada Sabtu.

AWANI Ringkas: PKP: Jangan 'kitar semula' surat kebenaran | PKPD di tiga lokasi ditamatkan

Agenda AWANI Asia: Lonjakan Digitalisasi Reset Sektor Pendidikan
Sektor perkhidmatan kekal jadi penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi di sebalik impak COVID-19? Namun berdepan cabaran semasa, bagaimana sektor ini mampu meneroka potensi pasaran baharu serantau melalui adaptasi digital dan inovasi?

PKP: Bekalan darah di Terengganu hanya cukup untuk seminggu lagi
Ketua Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata pola pendermaan darah di negeri itu menunjukkan penurunan sejak seminggu yang lalu.

Mahkamah | Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke Mahkamah Sivil
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ditukarkan dari mahkamah jenayah ke Mahkamah Sivil. Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dalam satu pekeliling yang diedarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya pada Jumaat.

COVID-19 | Kes baharu dan sembuh paling tinggi
Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

Politik | Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
![[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes [INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/22878159771611404713105/1886926_8967789641611405405641_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes
Hari ini , Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 180,455 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,769 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh harini sebanyak 4,313 kes.. Menjadikan kes pulih 137,019 kes. Sehingga kini, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di ICU, di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dan dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 7 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 667 kes .

Sultan Selangor zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Salleh Abas
Baginda berdua berharap agar keluarga Allahyarham terus tabah dan reda di atas ketentuan ini dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Tun Salleh Abas meninggal dunia
Sebelum ini Mohamed Salleh dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas disahkan positif COVID-19.

Tun Salleh Abas positif COVID-19
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.

"Saya berani junjung Al-Quran dan bersumpah tak suruh pecat Salleh Abas" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup menjunjung Al-Quran untuk membuktikan dirinya bukan dalang sebenar di sebalik pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.