awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Taib kembali ke Kuching

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2023
10:55 MYT
Tun Taib kembali ke Kuching
Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Taib Kurdi kembali ke tanah air selepas lebih dua bulan berada di Turki. - Foto Bernama
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat tiba di tanah air sekitar jam 4.30 petang tadi.
Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Ragad Taib Kurdi berlepas dari Istanbul awal pagi tadi dengan menaiki jet rasmi.
Beliau sebelum ini bercuti di ibu negara Turki itu sejak dua bulan lalu, sebelum menjalani prosedur rawatan lanjutan kanser usus yang pernah dihidapinya.
Sejak itu, sepanjang dua bulan, pemimpin yang berusia 87 tahun itu terpaksa berehat dan menjalani proses pemulihan.
Bagi meneruskan tugasan rasmi di dalam negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, telah memangku tugas sebagai TYT Sarawak, selama sebulan, bersandarkan Perlembagaan Negeri.
Bagaimanapun belum ada kepastian bila beliau akan menyambung tugasnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Ragad Taib Kurdi
#Sarawak
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan