Sejumlah RM251 juta bayaran premium tanah masih gagal dijelaskan oleh syarikat-syarikat, pemaju, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan di Kedah sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya, tunggakan itu membabitkan 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan galian melalui pemberimilikan tanah yang mana kelulusan itu boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal menjelaskan bayaran premium tersebut.
"Jadi, saya minta Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat ambil tindakan tegas seperti melucut hak dalam mengurangkan jumlah tunggakan hasil tanah," katanya pada Majlis Penyerahan dan Pelancaran Aplikasi Dashboard Executive Information System (EIS) Kutipan Hasil Tanah Terkini di sini, pada Isnin.
Katanya, kerajaan negeri melalui pejabat tanah juga berdepan tunggakan kutipan cukai tanah oleh syarikat, pemaju dan GLC di mana sehingga kini hanya RM18 juta berjaya dikutip berbanding anggaran kutipan RM70 juta.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri telah menyasarkan anggaran Kutipan Hasil Negeri sebanyak RM710 juta bagi tahun ini dengan lebih separuh daripadanya iaitu RM426 juta terletak di bawah Pentadbiran Tanah Negeri.
Katanya, daripada anggaran RM426 juta itu, pentadbiran tanah negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM290 juta atau 68 peratus setakat ini.
"Bagi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah, berbagai-bagai inisiatif perlulah dirangka bagi memperkemaskan lagi mekanisme dan strategi kutipan hasil tanah melalui sumber sedia ada, sama ada dari segi pemberimilikan tanah, kutipan ke atas tunggakan cukai tanah dan juga premium.
"Kita juga perlu mengatasi ketirisan kutipan hasil negeri dengan meningkatkan aspek pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara lebih tegas bagi mengurangkan kebocoran hasil yang sepatutnya diperoleh selain merangka strategi yang bersesuaian untuk mengenal pasti faktor-faktor menyumbang kepada kemerosotan kutipan hasil," katanya.
Mengenai aplikasi Dashboard-EIS itu, Mukhriz berkata ia dapat membantu kerajaan negeri mengurus pentadbiran tanah, perancangan pembangunan negeri dengan lebih baik dan terurus sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kutipan hasil negeri yang sebelum ini sukar dicapai.
"Melalui aplikasi ini, kita boleh lihat kadar kutipan terkini keseluruhan, kutipan terkini kod hasil, carta kutipan keseluruhan, kutipan tunggakan terkini dan carta kutipan terkini mengikut daerah. Ini penting sebab setiap tahun kerajaan negeri ada sasaran kutipan.
"Sasaran ini jarang dicapai, kadang-kadang hanya 80 peratus atau kurang dari itu. Kita tidak mahu tunggu saat akhir baru nak faham apa masalah dihadapi yang menyebabkan sasaran tidak boleh dicapai, jadi melalui aplikasi ini saya sendiri boleh akses untuk lihat hasil yang telah dikutip," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
MUKHRIZ: Saya minta Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat ambil tindakan tegas seperti melucut hak dalam mengurangkan jumlah tunggakan hasil tanah. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.