awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggakan sewa PPR, PA DBKL cecah RM70 juta - Datuk Bandar

Bernama
Bernama
18/05/2025
15:00 MYT
Tunggakan sewa PPR, PA DBKL cecah RM70 juta - Datuk Bandar
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tunggakan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mencecah RM70 juta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.
Beliau berkata pihak DBKL mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya mengunci bekalan air, mengeluarkan notis, menganjurkan program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk penyewa.
"Langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat 'PPR Bestari' di sini hari ini.
Maimunah juga berkata DBKL sedang mempertimbang untuk menjual unit-unit PPR dan PA kepada penyewa yang mempunyai kemampuan kewangan.
"Memang pada 2015 telah ada satu keputusan untuk membekukan (penjualan) namun saya telah melihat semula keputusan itu dan jika penyewa betul-betul ada kemampuan, kita boleh menjualnya," katanya.
Terdahulu, beliau menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh orang ramai ketika sesi dialog awam dalam program itu, antaranya berhubung isu sampah, trafik dan penyalahgunaan dadah.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunggakan sewa
#PPR
#PA DBKL
#Datuk Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan