Tunjuk isyarat lucah, marah promoter minuman keras, lelaki minta maaf

Sinar Harian
November 21, 2018 06:45 MYT
Netizen berkongsi rakaman video yang dimuat naik Edi Rejang menyiarkan permohonan maaf di atas kejadian yang berlaku. - Foto Sinar Harian
BARU-baru ini, tular satu video di mana seorang lelaki bertindak memarahi seorang promoter di sebuah pasar raya, yang didakwanya cuba mempromosi minuman keras kepada orang Islam, meskipun sudah dijelaskan bahawa dia hanya mempromosinya kepada 'non-Muslim'.
Lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang itu turut bertindak secara keterlaluan apabila menunjukkan isyarat lucah kepada promoter wanita berkenaan, selain memarahinya kerana menggunakan bahasa Inggeris, tidak bahasa Melayu, ketika berkomunikasi dengannya.
Menerusi penularan video tersebut, dia dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai memalukan dan lebih bersifat perkauman.
Setelah kecaman demi kecaman diterima, Edi Rejang akhirnya bertindak memuat naik satu rakaman video permohonan maaf di atas kejadian yang berlaku.
Video yang berdurasi 45 saat itu juga tular di media sosial selepas dikongsi ramai netizen.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.
”Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap promoter tersebut.

Edi Rejang - ini permohonan maaf terbuka beliau. Kita ajarlah beliau dengan sifat bijaksana kita. Mohon diserbarkan. pic.twitter.com/pZjGG3TJp5

— Syfq.Snny (@fiqsunny) November 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berharap isu ini tidak lagi dipanjangkan oleh mana-mana pihak memandangkan saya telah pun bertemu dengan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya.
”Lim juga menyatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin. Sekian, terima kasih,” katanya.
Melalui komen-komen yang ditinggalkan netizen di perkongsian video berkenaan, meskipun ada yang tidak berpuashati, sebahagian besar netizen berharap kejadian itu dijadikan satu iktibar kepada pelaku dan juga semua pihak.
Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa.
#Edi Rejang #Islam #Maaf #media sosial #Melayu #minuman keras #netizen #pasar raya #perkauman #promosi #promoter #rakyat Malaysia #video