KUALA LUMPUR: Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.
Apakan daya, pada usia 65 tahun, Shereen Khoo hanya mampu melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjual biskut pada setiap kali musim perayaan dan kerja-kerja penyelenggaraan secara sambilan dengan pendapatan yang tidak menentu.
Segala keperitannya wanita itu berubah, apabila Shereen dipelawa menyertai The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) dinaungi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dengan kemahiran menjahit yang dimilikinya, Shereen pada awalnya menghasilkan lima produk buatan tangan iaitu tuala muka bersulam, pemegang atau penutup botol air tali bahu, pouch tisu sulaman, rantai kunci burung hantu dan pelitup muka
"Selepas menyertai TTAHM Online sejak Disember lalu, saya tidak menang tangan menerima tempahan sehingga 2,000 rantai kunci burung salam sebulan.
"Media sosial banyak membantu melariskan jualan produk saya. Jualan melonjak berbanding ketika dilakukan secara fizikal," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
TTAHM yang berada di bawah kendalian Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) ditubuhkan untuk membantu usahawan industri pembuatan kraf tangan tempatan memasarkan produk sendiri secara dalam talian.
Shereen merupakan antara 100 usahawan kraf yang berdaftar dengan TTAHM, terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya kumpulan berpendapatan 40 peratus ke bawah (B40), suri rumah, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan produk yang ditawarkan melebihi 700 unit.
Kata Shereen, meskipun pada awalnya dia sedikit sukar untuk mengadaptasi teknologi pada usia itu, namun wanita kelahiran Negeri Sembilan itu cekal mempelajari untuk menggunakan media sosial bagi memulakan perniagaan demi dua anak istimewanya, Xiang Wei, 24, dan Xiang Jian, 27.
Berkongsi pendapat sama, Nur Aishah Jamaludin, 35, yang berharap agar TTAHM Online menjadi platform khas buat usahawan kraf dalam memasarkan produk mereka secara lebih meluas sekali gus lebih dikenali di pasaran luar.
"Di luar sana terdapat pelbagai platform e-dagang yang lebih bersifat komersial, namun melalui TTAHM Online, ia hanya mengetengahkan produk buatan tangan yang lebih bersifat eksklusif iaitu hasil titik peluh daripada pengkarya," katanya yang telah memasarkan tiga produknya iaitu emsleeping pouch,/em bekas pelitup muka dan tote bag melalui jenama Athena Orange Cat.
Sementara itu, Pengerusi PSJKM Fully, Chye Goet Lee berkata, platform TTAHM Online adalah laluan kepada industri pembuatan kraf tangan untuk melangkah ke hadapan, berdaya saing dan berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021

Shereen Khoo berkata, meskipun pada awalnya dia sedikit sukar untuk mengadaptasi teknologi pada usia itu, namun dia cekal mempelajarinya bagi memulakan perniagaan demi dua anak istimewanya. - Gambar BERNAMA
![[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup [TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900355/16572287721618711565616_640x360.jpg)
[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup

Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, semua murid yang tinggal di asrama pula perlu kekal berada di asrama.

'Sindiket judi online cuba hidup kembali'
Polis tidak menolak kemungkinan sindiket perjudian dalam talian cuba menghidupkan kembali kegiatan haram mereka selepas sekian lama.

The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900352/16572287431618706784070_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 April 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham.

Duit modal lesap terpedaya tawaran niaga kuih raya
Polis menerima tiga laporan polis yang melibatkan modus operandi yang sama di Balai Polis Kulai.

Badut ingatkan pengunjung bazar Ramadan agar patuh SOP
Kehadiran empat badut dari komuniti Muslim Clown Malaysia Negeri Perak pada petang Sabtu itu mencuri tumpuan pengunjung di bazar Ramadan Taman Jati.

Bazar Ramadan: Orang ramai dinasihatkan jaga SOP, imbas MySejahtera - Acryl Sani
PDRM akan sentiasa memantau bazar Ramadan bagi memastikan tiada pelanggaran SOP berlaku.

COVID-19: Makan di restoran, keramaian punca peningkatan kes - Pakar Kesihatan
Aktiviti yang membenarkan pelitup muka dibuka antaranya makan di restoran dan majlis keramaian menjadi punca peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Kluster tarawih: Kerajaan Kedah tarik balik kebenaran jika tidak patuh SOP
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Najmi Ahmad berkata, kenaikan kes COVID-19 adalah disebabkan kelalaian diri sendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

WHO beri amaran jangan leka semasa musim perayaan keagamaan
Penting untuk mengetahui kaedah menyambut perayaan keagamaan dalam norma baharu dipraktikkan sekarang bagi melindungi diri dan orang lain.

COVID-19: Keliru dan tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat - WHO
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19.

'Mengarut, jangan direbus' - Pakar komen dakwaan cacing halus pada pelitup muka
Apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya.

Tak pakai pelitup muka, Awang Tengah sedia bayar kompaun
Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu mengakui terlupa memakai kembali pelitup muka selepas makan.

10 PATI ditahan menerusi Op Benteng
Sejumlah 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng dalam tempoh 24 jam.

Enam individu ditahan gagal patuh SOP: Ini yang anda perlu tahu
Tiga individu yang didapati gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera atau secara manual.