awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Suspek utama kes kematian bintang Friends, Matthew Perry dijangka mengaku bersalah
SUKAN
Piala Dunia Kelab: Chelsea raih kemenangan atas LAFC dalam stadium hampir kosong
HIBURAN
Naim Daniel tiba di mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga

Bernama
Bernama
15/02/2024
23:45 MYT
Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga
Tunku Azizah hadir pada Majlis Santapan/Jamuan Malam Sempena Memuliakan Keberangkatan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurnakan Tanggungjawab Sebagai Raja Permaisuri Agong, 15 Feb 2024. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyarankan golongan wanita mementingkan aspek kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dengan baik.
Baginda bertitah wanita merupakan tonggak dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.
"Saya nak rakyat Pahang semua sihat, kurangkan makan gula, makan sayur kerana kesihatan paling penting, kalau tak sihat macam mana nak jaga rumah tangga kita... semua (ahli) persatuan yang ada jaga kesihatan," titah Tunku Azizah.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan/Jamuan Malam Sempena Memuliakan Keberangkatan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurnakan Tanggungjawab Sebagai Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Pahang Datin Seri Burhah Mohammed, yang juga isteri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain aspek kesihatan, Tunku Azizah turut mengingatkan golongan wanita memberikan pendidikan yang baik kepada anak masing-masing, kerana menerusi pelajaran dapat mengubah nasib hidup dan membasmi kemiskinan.
"Perjuangan kita untuk perkasakan wanita selain anak-anak, kita perlu tentukan mereka ini terima pelajaran demi masa depan, kerana tanpa pelajaran kita tak boleh basmi kemiskinan... ini merupakan tanggungjawab kita sebagai ibu untuk tentukan anak kita menerima pendidikan setinggi yang kita mampu," titah baginda.
Baginda turut berkongsi hasrat akan berkunjung ke setiap daerah di Pahang, dan akan menerbitkan buku masakan Air Tangan Tengku Ampuan Pahang yang menghimpunkan koleksi resipi daripada 'dapur' baginda sendiri yang telah dikumpul sejak kecil.
Dalam pada itu, Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepada baginda dalam melaksanakan pelbagai perkara.
"Di belakang setiap wanita juga ada seorang lelaki... Tuanku (Al-Sultan Abdullah) beri kepercayaan untuk saya jalankan tugas, saya rasa setiap isteri di sini pun, suami kitalah yang jadi pendorong yang kuat," titah baginda.
Pada majlis itu, Tunku Azizah turut dipersembahkan tarian sewang diikuti nyanyian daripada Dayang Nurfaizah selain baginda berkenan meluangkan masa menyantuni para jemputan.
Majlis berkenaan dihadiri seramai 576 wanita yang mewakili 38 pertubuhan wanita di Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#wanita
#kesihatan
#buku masakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami