awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf

Bernama
Bernama
21/03/2021
21:00 MYT
Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf
Tunku Azizah memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.
Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.
"Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak.
"Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa," titah Tunku Azizah di akaun Instagram baginda.
Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia telah mendapat 57,281 tanda suka setakat 10.30 malam ini.
Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.
View this post on Instagram
A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#terseliuh kaki
#golf
#pergelangan kaki bengkak
#Pengimejan Resonans Magnetik
#MRI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan