awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis titah kerajaan negeri kukuh hubungan dengan Persekutuan, terima hakikat perlu bantuan
Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Ismail mahu kerjasama Johor, Indonesia diperkukuh termasuk perdagangan, pelaburan

Bernama
Bernama
21/06/2021
20:06 MYT
Tunku Ismail mahu kerjasama Johor, Indonesia diperkukuh termasuk perdagangan, pelaburan
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Gambar fail BERNAMA
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kerjasama Johor dan Indonesia terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang khususnya dalam perdagangan dan pelaburan selepas tempoh pasca pandemik COVID-19 kelak.
Seruan itu dinyatakan Tunku Ismail ketika berkenan menerima menghadap delegasi Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, di sini, pada 12 Mei lepas.
Konsul Jeneral KJRI Johor Bahru Sunarko berkata kerjasama itu penting bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat Johor dan republik itu.
"Dalam pertemuan itu, saya melaporkan keadaan kerjasama antara kedua-dua pihak dan baginda menyatakan keperluan untuk terus meningkatkan kerjasama. Kita serumpun, jadi situasi pandemik tidak sepatutnya mengurangkan hubungan baik antara kedua-duanya," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.
Selain itu, sektor lain yang turut ditekankan dalam pertemuan itu ialah hubungan rakyat kepada rakyat.
Sebelum ini, KJRI melalui Konsul Hal Ehwal Ekonominya, S. Ari Wardhana dilaporkan berkata Johor memiliki ruang dan peluang yang luas untuk meningkatkan lagi nilai dagangan dengan Indonesia khususnya di Kepulauan Riau.
Ini susulan lokasi strategik Johor dalam kawasan Segitiga Pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (SIJORI), yang mana Riau merupakan antara 15 Zon Ekonomi Khas Indonesia.
Mengikut rekod KJRI, SIJORI secara tidak langsung telah membantu Johor menerima pelaburan dalam sektor pembuatan bernilai hampir RM8.5 bilion dalam tempoh antara 2013 hingga 2019, sekali gus menandakan terdapat banyak lagi peluang kerjasama ekonomi yang boleh diterokai pada masa depan.
Selain KJRI, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pernah menyatakan minat untuk mengaktifkan semula kerjasama semua pihak dalam SIJORI yang diwujudkan sejak 1993.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TMJ
#Tunku Mahkota Johor
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#kerjasama
#Johor
#Indonesia
#COVID-19
#perdagangan
#pelaburan
#KJRI
#Sunarko
#SIJORI
#pasca COVID-19
#kerjasama ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan