Tunku Kecil Muda dahului 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan

Tuanku Muhriz berkenan berangkat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 baginda di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, 14 Jan 2026. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Tunku Kecil Muda Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mendahului senarai 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.
Ringkasan AI
- Tunku Kecil Muda Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin menjadi penerima utama dengan menerima Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) dengan gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan Ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
- Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan enam individu lain turut menerima anugerah darjah kebesaran, antaranya Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) dan Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS).
- Selain itu, 20 penerima menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS), manakala 147 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) dan wartawan Nursyabiha Sukri menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Enam individu pula dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Utama Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Sufian Jusoh.
Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Penghulu Luak Jempol Mazri Mansol, Peguam dan Rakan Kongsi Firma Guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) S. Saravana Kumar, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad Suhana Dewi Selamat dan Pakar Neurologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Prof Madya Dr Wan Asyraf Wan Zaidi.
Sementara itu, 20 penerima dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren, Dr G. Rajasekaran (Sri Tanjung) dan Yew Boon Lye (Chuah).
Turut menerima anugerah sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Mohd Asri Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar.
Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 12 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) (satu), Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (24) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (71) serta Setiawan Tuanku Muhriz (STM) (satu).
Dalam pada itu, 147 individu dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula dianugerahkan kepada 229 penerima termasuk wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nursyabiha Sukri.
Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM) pula dianugerahkan kepada lapan penerima manakala Pingat Khidmat Lama (PKL) (tujuh).
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua dijadualkan pada 20 Jan dan sesi ketiga 27 Jan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


