NATIONAL
Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat mangsa banjir
Tunku Mahkota Ismail melawat dan memberikan sumbangan kepada keluarga yang terkesan dengan banjir di Taman Tampoi Indah. -Facebook
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat melawat dan memberikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terkesan dengan banjir di Taman Tampoi Indah, di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail melawat dan memberikan sumbangan kepada keluarga yang terkesan dengan banjir di Taman Tampoi Indah.
- Baginda turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.
- Southern Volunteers digerakkan atas titah baginda untuk memberikan bantuan segera dan membantu membersihkan kawasan yang terlibat.
Dalam hantaran menerusi laman Facebook baginda, Tunku Ismail turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.
"Atas titah baginda, Southern Volunteers telah digerakkan untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa banjir dan membantu membersihkan kawasan yang terlibat," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA