MALAYSIA
Tunku Mahkota Ismail bertitah akan pantau, cuba selesai isu bekalan air di Johor
Tunku Mahkota Ismail berkenan menjawab aduan dikemukakan BrotherhoodJOHOR mengenai keluhan gangguan bekalan air di daerah Pontian. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah akan memantau dan cuba menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Pontian yang berlaku baru-baru ini.
Ringkasan AI
Tunku Mahkota Ismail telah memuat naik hantaran di Instagram memaparkan aduan dibuat pemilik akaun BrotherhoodJOHOR berserta jawapan baginda di platform media sosial X.
"Saya akan pantau dan cuba selesaikan dengan segera. Inilah pentingnya kita jaga air Johor, aset Johor sendiri dan bukan berada di bawah syarikat yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan (Federal).
"Doakan kewangan negeri meningkat di mana kita boleh beli saham air Johor dan meletakkan air negeri di bawah jagaan kerajaan negeri. Insya-Allah," titah baginda menerusi hantaran tersebut.
Tunku Mahkota Ismail berkenan menjawab aduan dikemukakan BrotherhoodJOHOR mengenai keluhan gangguan bekalan air di daerah berkenaan yang difahamkan telah memasuki hari keempat.
Sementara itu, operator air Johor Ranhill SAJ dalam kenyataan memaklumkan bekalan air ke beberapa kawasan di Pontian sedang dipulihkan secara berperingkat susulan insiden kegagalan teknikal melibatkan paip berukuran 750 milimeter (mm).
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembaikan telah disempurnakan sepenuhnya dan sistem agihan air dalam proses penstabilan bagi memastikan semua kawasan yang terjejas menerima semula bekalan seperti biasa.
"Sepanjang tempoh pemulihan, pihak Ranhill SAJ telah menggerakkan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ke kawasan-kawasan kritikal, selain menyediakan tangki statik di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti bagi kemudahan pengguna," menurut kenyataan tersebut.
Ranhill SAJ turut menzahirkan permohonan maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang tempoh pemulihan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tunku Mahkota Ismail bertitah akan memantau dan menyelesaikan isu gangguan air di Pontian, sambil menekankan kepentingan aset air Johor dikendalikan oleh kerajaan negeri dan bukan syarikat Persekutuan.
- Gangguan bekalan air berpunca daripada kegagalan teknikal paip utama, dan kerja pembaikan telah selesai dengan sistem agihan air sedang distabilkan.
- Ranhill SAJ menggerakkan bantuan air melalui lori tangki dan tangki statik, serta memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna sepanjang tempoh pemulihan.