Tunku Mahkota Johor selamat bernikah

Astro Awani
Oktober 24, 2014 05:21 MYT
Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 sah bergelar suami kepada Cik Khaleeda Bustamam, 21 hari ini.
Menurut laporan Berita Harian, Tunku Ismail dilihat tiba memasuki Istana Bukit Serene, Johor Bahru untuk upacara pernikahannya kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ketibaan Tunku Ismail diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran.
Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
Beberapa pemain pasukan naungan Tunku Ismail, Johor Darul Takzim (JDT), seperti Aidil Zafuan dan Syafiq Rahim antara yang hadir di majlis tersebut.
Sumber Foto Instagram Aidil Zafuan

Selesai pernikahan Di Raja TMJ Dan Che' Puan Khaleeda pic.twitter.com/lICBeh5J2l

— LuaskanKuasamuJohor (@LuaskanKuasa) October 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TMJ Bersalaman dgn peg2 Istana Dan Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pic.twitter.com/LuviTYoAAF

— LuaskanKuasamuJohor (@LuaskanKuasa) October 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tunku Aminah dan iparnya Che' puan khaleeda pic.twitter.com/zkvmsCM2LD

— LuaskanKuasamuJohor (@LuaskanKuasa) October 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khaleeda Bustamam #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor