[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

Tuntutan hadanah terhadap tiga anak penyanyi Nubhan berpihak kepada Dr Afifah

Astro Awani 26/11/2025 | 09:29 MYT
Sebelum ini, Nubhan (depan) memfailkan hadanah terhadap tiga anaknya, Aafiya, lapan, Ahmad Aaffan, enam, dan Afzan Nayille, tiga, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keputusan tuntutan hadanah atau hak penjagaan anak yang difailkan penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad berakhir dengan keputusan memihak kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek.


Ringkasan AI
  • Peguam syarie mengumumkan bahawa keputusan tuntutan hadanah dan hak penjagaan anak menyebelahi Dr. Afifah Hidayah Tawfek, dengan ibu mendapat hadanah kekal dan bapa mendapat hak lawatan terhadap ketiga-tiga anak.
  • Kesepakatan berkenaan dicapai dalam majlis sulh sebelum disahkan oleh mahkamah sebagai perintah rasmi, menyelesaikan kontroversi yang berlarutan.
  • Penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad sebelum ini memfailkan tuntutan hadanah terhadap tiga anaknya dan akan menghadapi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember depan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Keputusan tersebut dimaklumkan peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui selepas perbicaraan hadanah dan majlis sulh selesai di Mahkamah Syariah Shah Alam, di sini, pada Rabu.

"Dimana mahkamah telah memberi hak penjagaan ketiga-tiga anak kepada Dr Afifah dengan persetujuan kedua-dua pihak. Jadi, ibu telah mendapat hadanah kekal manakala bapa akan mendapat hak lawatan sebulan dua kali iaitu minggu pertama dan ketiga. Dan hari raya puasa dan hari raya haji semua tu bergilir-gilir macam biasalah. Jadi tiada isu mengenai hadanah ini kerana semua telah selesai dengan cara yang baik," kata Akberdin.

Difahamkan juga, kesepakatan tersebut dicapai ketika di dalam majlis sulh sebelum disahkan mahkamah sebagai perintah rasmi.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan hadanah terhadap tiga anaknya, Aafiya, lapan, Ahmad Aaffan, enam, dan Afzan Nayille, tiga, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu.

Jelas peguam syarie beliau, Mohd. Redzuan Ramli, Nubhan telah memfailkan dua tuntutan iaitu hadanah kekal dan interim.

Rumahtangga Nubhan dan bekas isteri Dr Afifah selama 10 tahun dilaporkan bergolak dan Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

Selain itu, tarikh 2 Disember depan ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Dr Afifah.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan akhir berkenaan tuntutan hadanah atau hak penjagaan anak yang difailkan oleh penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad?
    A: Keputusan memihak kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek dengan hak penjagaan ketiga-tiga anak serta hadanah kekal untuk ibu dan hak lawatan bapa sebulan dua kali.
  • Q: Apa yang berlaku selepas kesepakatan dicapai di dalam majlis sulh?
    A: Kesepakatan tersebut disahkan sebagai perintah rasmi mahkamah.
  • Q: Apakah tuntutan yang difailkan oleh penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad terhadap anak-anaknya sebelum ini?
    A: Ahmad Nubhan Ahamad memfailkan hadanah terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
  • Q: Apa yang menyebabkan Rumahtangga Nubhan dan bekas isteri Dr Afifah bergolak?
    A: Rumahtangga Nubhan dan bekas isteri Dr Afifah dilaporkan bergolak selepas Nubhan didakwa menceraikan isterinya dan memfailkan pengesahan lafaz talak.
  • Q: Apakah tarikh yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh penyanyi Nubhan ke atas Dr Afifah?
    A: Tarikh 2 Disember ditetapkan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai tersebut.



#tuntutan hadanah Nubhan #penyanyi Nubhan #Dr Afifah Hidayah Tawfek #Mahkamah Syariah shah Alam