MALAYSIA
Tuntutan palsu bekalan lembu: Lima individu termasuk tiga penjawat awam ditahan SPRM
Pengarah SPRM Johor berkata tiga daripada lima suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat hari ini bagi permohonan reman. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima individu termasuk tiga penjawat awam kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu, bagi memperoleh bayaran berkaitan tuntutan bekalan lembu betina daripada sebuah badan berkanun berjumlah kira-kira RM200,000.
Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an ditahan berasingan ketika hadir memberi keterangan di SPRM Segamat, antara 11 pagi hingga 2 petang semalam.
“Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek disyaki bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran bekalan lembu betina kepada sebuah badan berkanun di sebuah daerah di negeri ini, yang berjumlah kira-kira RM200,000, meskipun pembekalan itu tidak dilakukan.
“Kesemua suspek yang terdiri daripada seorang pemilik dan pengurus syarikat dipercayai melakukan perbuatan itu pada Februari 2023,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata tiga daripada lima suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat hari ini bagi permohonan reman.
-- BERNAMA