awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2024
06:00 MYT
Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.
Perintah reman bermula Khamis hingga Ahad ini terhadap suspek berusia 40 hingga 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabilah Nizam.
Difahamkan, kesemua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka antara jam 2 hingga 4 petang pada Rabu.
Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie berkata, semua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen mempunyai butiran matan palsu.
"Tuntutan itu (didakwa) bagi tujuan bayaran pekerja Personel MySTEP sedangkan ia tidak wujud mahupun bekerja di jabatan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#SPRM
#tuntutan palsu
#SPRM Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan