awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu PenjanaKerjaya: Saravanan tegaskan tiada kaitan MIC

Bernama
Bernama
17/07/2022
08:44 MYT
Tuntutan palsu PenjanaKerjaya: Saravanan tegaskan tiada kaitan MIC
Saravanan berkata, penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC. - Gambar/ Bernama
BUKIT MERTAJAM: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan hari ini tidak menafikan ada individu dalam kalangan anggota MIC terlibat dalam tuntutan palsu berkaitan Progam Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).
Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata bagaimanapun penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.
"Saya setakat ini tidak ada sebarang maklumat (mengenainya) tapi saya tidak boleh nafikanlah penglibatan individu, tapi itu tidak ada kaitan dengan MIC," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Flex Oenang berhubung usaha memperkasa penempatan pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di kilang Flex Plan 5, di sini hari ini.
PenjanaKerjaya | PERKESO gantung RM423 juta bayaran kepada majikan
Saravanan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak yang didengarinya, mengenai beberapa anggota parti politik itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat tuntutan palsu berkaitan PenjanaKerjaya.
SPRM sebelum ini dilaporkan menahan reman 40 individu bagi membantu siasatan isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif PenjanaKerjaya di beberapa negeri menerusi Op Hire beberapa hari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PenjanaKerjaya
#MIC
#M Saravanan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan