KUALA LUMPUR: Seorang usahawan yang juga calon parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai RM378,000.
Tertuduh, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah, 55, yang juga pemilik syarikat PUPA International Sdn Bhd didakwa melakukan perbuatan itu bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 pada 2 Mac 2021 dan 2 April tahun sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Perkeso Putrajaya pada tarikh sama.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu gaji sedangkan senarai pekerja yang dikemukakan tidak menerima upah itu.
Di mahkamah sama, pemilik syarikat Era Media Sdn Bhd, Lee Hong Rong, 23, turut berdepan 31 pertuduhan melakukan perbuatan sama bagi menuntut insentif dibawah program sama berjumlah RM1.9 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 April dan 21 Jun 2021 di pejabat Perkeso Kuala Lumpur.
Mengikut pertuduhan, Hong Rong didakwa mengemukakan dokumen mengandungi pernyataan palsu tentang bantuan mobiliti dan gaji sedangkan senarai pekerja yang dinamakan dalam dokumen tersebut tidak menerima gaji terbabit.
Dia, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kesemua pertuduhan itu.
Hakim Rozina Ayob membenarkan Mohd Ridzuan dan Hong Rong masing-masing diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Kedua-dua individu itu dituduh dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai lebih tinggi.
Mahkamah turut menetapkan 2 dan 3 Mac depan bagi kedua-dua sebutan semula kes.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, pemilik syarikat Minbot Sdn Bhd dan Fireshot Marketing Sdn Bhd, Raymond Sim, 35, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan sama mengemukakan dokumen palsu menuntut insentif dibawah program sama berjumlah RM153,200.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 3 Jun hingga 15 September 2021 di pejabat Perkeso Kuala Lumpur.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 18 akta yang sama, dia didakwa menyerahkan dokumen palsu mengandungi butiran nama pekerja baharu sedangkan senarai pekerja yang dikemukakan itu bukan pekerja syarikat berkenaan.
Hakim Suzana Hussin Raymond membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 serta syarat tambahan yang sama.
Mahkamah menetapkan 28 Februari depan bagi tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan Mohamad Mohd Aliff Shaharuzaman.
Manakala Mohd Ridzuan diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Hong Rong diwakili peguam Lim Chi Chau dan Raymond diwakili peguam Datuk Joshua Kevin.
Fareez Azman
Thu Jan 26 2023

Seorang usahawan yang juga calon parti Pejuang pada PRU15 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bernilai RM378,000.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Bekas pengarah syarikat, pegawai kewangan bebas tuduhan kemuka tuntutan palsu RM1.2 juta
Hakim mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Gulam Rusol Md Ismail dan Kamaruzzaman Kamaludeen di akhir kes pendakwaan.

SPRM tahan suami isteri buat tuntutan palsu RM2 juta
Tuntutan membabitkan bayaran komisen program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta.

Pegawai wanita sebuah universiti tempatan di Selangor ditahan reman SPRM
SPRM Selangor menahan reman seorang pegawai sebuah universiti tempatan kerana disyaki mengemukakan dokumen tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah RM330,000 antara tahun 2018 hingga 2022.

Pengarah syarikat didakwa buat tuntutan palsu RM1.19 juta program Penjana Kerjaya 2.0
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM1.19 juta.

Pengarah didakwa buat tuntutan palsu pemasangan kipas ekzos surau
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM4,150 berhubung kerja-kerja pembekalan dan pemasangan kipas ekzos di surau perempuan UPM.

Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini.

Kakitangan sekolah ditahan kemuka tuntutan palsu
Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 5 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan.

SPRM tahan dua individu kemuka tuntutan palsu kerja pembersihan
Kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar 6.30 petang Khamis ketika hadir memberi keterangan.

Tuntutan palsu program Penjana: Tiga usahawan termasuk calon Pejuang pada PRU15 mengaku tidak bersalah
Datuk Mohd Ridzuan Abdullah didakwa 12 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bernilai RM378,000.

Kemuka tuntutan palsu lebih RM400,000, tiga pengarah syarikat direman tiga hari
Tiga pengarah syarikat direman tiga hari oleh SPRM kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.