SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga pegawai latihan sebuah institut kemahiran selepas disyaki terlibat meluluskan tuntutan palsu berjumlah RM36,000.
Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM di sini.
Majistret Sasha Diana Sabtu membenarkan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Sumber itu berkata seorang daripada suspek merupakan pengerusi koperasi di institut kemahiran dan penahanan mereka susulan siasatan terhadap dua pengarah syarikat yang telah direman sebelum ini.
"Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam meluluskan tuntutan bayaran palsu sejumlah RM36,000 yang dikemukakan seorang pengarah syarikat swasta, tahun lalu. Tuntutan berkenaan berkaitan penyediaan makanan dan minuman termasuk dobi yang tidak dilaksanakan pengarah syarikat itu," katanya.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tiga suspek tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada 16 Mei lalu media melaporkan dua pengarah syarikat direman selepas mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM40,000 kepada sebuah institut kemahiran tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM. - Gambar fail
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'
Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan mengemukakan butir matan palsu bagi tuntutan jam bekerja.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB
Suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Palsu tuntutan Perkeso: Dua lagi doktor direman empat hari
Dua lagi doktor hospital kerajaan dan seorang ejen direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso.
Kes pemalsuan tuntutan Perkeso: Seorang lagi doktor dikesan
SPRM sedang mengesan seorang lagi doktor bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso di Pulau Pinang.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Tiga doktor ortopedik, 30 individu direman tipu tuntutan Perkeso RM2.1 juta
TIGA DOKTOR ORTOPEDIK DAN 30 INDIVIDU DIREMAN TIPU TUNTUTAN PERKESO RM2.1 JUTA
Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.