KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuk menyaman pihak pemberi dana (funder) dan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung kes tuntutan terhadap Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihak berkenaan perlu membayar semula segala kos yang dikeluarkan Malaysia susulan tindakan pihak yang membuat tuntutan itu.
Beliau berkata kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.
"Kita melihat bahawa ini satu gerakan yang lebih kepada satu elemen untuk membuat duit dan kita tahu litigation funders akan ambil 25 hingga 30 peratus daripada jumlah (tuntutan). Itu sebabnya saya nak ingatkan bahawa ini satu serangan yang serius kepada kedaulatan negara.
"Walaupun tidak dilihat daripada elemen senjata api, tetapi kepada elemen untuk membankrapkan negara Malaysia dengan award berjumlah AS$15 bilion," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Azalina berkata kerajaan Malaysia akan menentang habis-habisan sebarang gerakan dan tindakan yang dilihat sebagai mengambil kesempatan dan tidak mengikuti prosedur undang-undang dalam aspek antarabangsa.
Beliau berkata kerajaan sudah mengenal pasti pihak pembiaya litigasi itu yang merupakan sebuah syarikat ternama tidak berpangkalan di Asia, dan tindakan selanjutnya sedang diambil berhubung perkara itu.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Paris semalam, Azalina berkata walaupun ia merupakan 'partial award' namun ia amat penting memandangkan Hakim Mahkamah Rayuan itu merujuk kepada intipati yang paling penting mengapa Malaysia menentang tuntutan berkenaan.
"Kerajaan Malaysia amat konsisten mengatakan bahawa Perjanjian 1878 tidak ada di timbang tara antarabangsa... Pemberhentian bayaran yang dibuat ialah perhubungan sejarah yang bayaran dibuat sebagai sagu hati.
"Di sini pembayaran yang dibuat Malaysia terhenti disebabkan oleh keganasan yang berlaku di Lahad Datu pada tahun 2013. Jika keganasan tidak berlaku, pembayaran itu mungkin diteruskan. Ini menunjukkan bahawa fakta yang dibentangkan Malaysia begitu konsisten. Keputusan Mahkamah Perancis itu mengesahkan bahawa klausa timbang tara itu sebenarnya tidak wujud," katanya.
Mahkamah Rayuan Paris semalam memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.
Mereka kemudian membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara terbabit iaitu Stampa, telah membuat keputusan memihak kepada mereka.
Stampa telah mengeluarkan award akhir berjumlah AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia dan Malaysia telah menggunakan segala remedi perundangan untuk membatalkan award itu di mahkamah-mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh kerajaan Malaysia di Perancis pada 12 Julai 2022 terhadap penguatkuasaan award itu.
Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada sidang media di Dewan Melaka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto BERNAMA

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Kerajaan cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober - Azalina
Ia antara lain mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing.

Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara - Fahmi
Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.

Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.

Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.

Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di Mahkamah Rayuan Paris
Keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

Kerajaan guna semua cara hentikan tuntutan Sultan Sulu - Azalina
Kerajaan akan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu ke atas negara ini.

Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan tak akan serahkan Sabah - Wan Junaidi
Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia.
![[KOLUMNIS] Malaysia tidak perlu bayar satu sen pun kepada waris Kiram [KOLUMNIS] Malaysia tidak perlu bayar satu sen pun kepada waris Kiram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647224596_Sabah.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia tidak perlu bayar satu sen pun kepada waris Kiram
Kenapa perlu Malaysia menyesali tidak membuat pembayaran kepada waris Kiram sedangkan Sabah dengan jelas milik Malaysia?

Parlimen: Jawatankuasa Pilihan Khas mula prosiding isu Tuntutan Kumpulan Sulu 11 Ogos
Prosiding isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat.

Tuntutan kumpulan Sulu: PM beri jaminan lindungi aset negara
Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi aset negara dengan menggunakan saluran perundangan sedia ada.