KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menangani tuntutan Kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman.
Beliau berkata, individu yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu hanya dapat menuntut kes berkenaan dengan dibiayai oleh dana litigasi dikenali sebagai Therium, yang beroperasi untuk mendapat keuntungan daripada kejayaan kes yang telah mereka biayai.
"Pembiayaan litigasi seperti Therium berfungsi untuk membiayai pihak yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk menuntut kes. Dalam kes Sulu ini, ia termasuk membayar peguam yang bertindak bagi pihak tuntutan Sulu.
"Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang tidak mengenepikan kekebalan kedaulatannya pada bila-bila masa dalam sebarang prosiding timbang tara. Malaysia juga tidak akan ditahan untuk sebarang tebusan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Azalina berkata Perjanjian 1878 dan Pengesahan 1903 berhubung tuntutan Waris Sultan Sulu yang diterima sebagai bukti prosiding timbang tara di Perancis disifatkan sebagai tidak mempunyai asas dan menyesatkan.
Beliau menambah, untuk menuntut melalui prosiding timbang tara, perlu ada kluasa timbang tara dalam perjanjian asal.
"Ini bermakna semua pihak yang terlibat dalam perjanjian perlu bersetuju bahawa dalam kes perselisihan, timbang tara akan menjadi cara untuk menyelesaikan isu tersebut. Namun, ini bukanlah kes dalam Perjanjian 1878 dan Pengesahan 1903.
"Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Roger Chin telah menggambarkan penggunaan proses timbang tara dalam kes tuntutan Sulu sebagai 'mengeksploitasi' proses arbitrasi, dan saya setuju, kerana tiada klausa timbang tara dalam Perjanjian 1878 mahupun Pengesahan 1903," ujar beliau.
Azalina yang juga Pengerusi Sekretariat Khas berkata Chin memaklumkan bahawa waris Sulu tidak dapat menunjukkan sebarang hak milik ke atas mana-mana bahagian di Sabah.
"Malaysia adalah sebuah negara berdaulat. Dengan memilih Perjanjian 1878 sebagai batu loncatan kes mereka (waris Sulu), tuntutan Sulu telah mengemukakan tuntutan yang agresif ke atas aset Malaysia yang melampaui bahagian Sabah.
"Mereka telah mencuba untuk mengambil alih aset Malaysia di Perancis dan Luxembourg, tetapi usaha ini tidak berjaya atau ditangguhkan. Ini termasuk usaha di Paris untuk menyita premis kedutaan.
"Namun, pendekatan tuntutan itu tidak teratur dan tidak mengikut konvensyen undang-undang yang ditetapkan. Mereka juga cuba mencari Petronas yang merupakan entiti yang berasingan daripada Kerajaan Malaysia," kata Azalina.
Dalam pada itu, Azalina berkata kes Sulu disifatkan penting dan tidak perlu dihadapi Malaysia lagi pada masa akan depan.
Beliau berpandangan Akta Ketuanan Negara akan menjadi langkah pencegahan yang berguna untuk melindungi negara daripada sebarang tuntutan asing yang tidak sesuai pada masa depan.
Astro Awani
Sat May 13 2023

Azalina berkata, individu yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu hanya dapat menuntut kes berkenaan dengan dibiayai oleh dana litigasi dikenali sebagai Therium. - Gambar fail/Bernama

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Waris Sulu mungkin diperguna negara barat - Azalina
Katanya, waris Sulu menuntut bayaran sebanyak AS$16 bilion atau bersamaan RM73.46 bilion termasuk caj tuntutan daripada Malaysia.

264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina
Sebanyak 264,127 kes bankrap sedang diteliti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk tujuan pelepasan.

Kalimah Allah: Jelaskan isu agar rakyat faham, elak pihak ambil kesempatan - Azalina
Azalina menyifatkan pengendalian isu sensitif berkenaan ibarat menarik rambut dari tepung.

Tuntutan terhadap Sabah satu penyalahgunaan undang-undang - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, terdapat pelbagai unsur dalam kes yang difailkan waris Sultan Sulu itu yang menimbulkan keraguan dan persoalan.

Tuntutan Sulu: Malaysia tidak bersalah - Azalina
Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menangani tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.

Hak Majlis Peguam luluskan usul tidak percaya Peguam Negara - Azalina
Beliau berkata kerajaan mesti terbuka dalam menerima kritikan rakyat ataupun badan profesional seperti badan peguam itu.

Satu akta khusus perlu dipertimbangkan bagi melindungi negara daripada tuntutan pihak asing - Azalina
Malaysia harus menimbangkan untuk menggubal satu Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada sebarang kemungkinan tuntutan asing.

Salah guna kuasa: RUU Ombudsman Malaysia di peringkat akhir
Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Jawatankuasa Pro-tem kaji keperluan masukkan SPRM di bawah selian EAIC
Sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC.

Kerajaan bangunkan laman sesawang khusus berkaitan tuntutan kumpulan Sulu - Azalina
Kerajaan telah membangunkan sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan semasa tuntutan Kumpulan Sulu yang akan dilancarkan esok.