Malaysia akan menuntut penjelasan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) mengenai tindakan mereka menurun taraf Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari kategori satu ke kategori dua.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak adil untuk pihak FAA membuat demikian tanpa memberi penjelasan.
Jelas perdana menteri, sekiranya tindakan itu disertakan dengan penjelasan munasabah, Malaysia melalui CAAM boleh mengambil langkah yang diperlukan bagi memperbaik keadaan.
“Kita nak tahu apa sebenarnya penurunan ini, apa kesannya dan kita akan atasi. Kalau dia kata kita tak cekap dan sebagainya, kita telah tunjuk bahawa lapangan terbang KLIA ini antara 20 terbesar dunia.
“Bahkan mereka (orang Malaysia) diberi kepercayaan mengurus lapangan terbang di Turki yang kita tahu bukan kecil. Penggunanya sahaja 31 juta orang.”
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Pontian, sempena Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, di sini, hari ini.
Pada 12 November lepas, Bernama melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai berkata ia yakin akan disenaraikan semula dalam Kategori 1 FAA Amerika Syarikat bagi keselamatan udara dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.
Ahli Lembaga CAAM, Afzal Abdul Rahim berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan perkara yang dibangkitkan FAA dalam tempoh tersebut.
Untuk rekod, Malaysia berada dalam Kategori 1 sejak 2003.
Firdaus Azil
Thu Nov 14 2019
Malaysia akan menuntut penjelasan daripada FAA mengenai tindakan menurun taraf CAAM dari kategori satu ke kategori dua. -Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
Presiden Joe Biden anugerah geran, pinjaman RM94.8 bilion kepada Intel
Presiden Joe Biden menyerahkan geran dan pinjaman hampir $20 bilion (RM94.8 bilion) kepada Intel sekali gus merupakan peruntukan terbesar kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam pemberian subsidi.
Ukraine perlu perkuat pertahanan udara - Volodymyr Zelenskiy
Ukraine perlu memperkuat pertahanan udaranya untuk menghentikan serangan Rusia ke wilayah Sumy yang bersempadan dengan Rusia pada Selasa.