MALAYSIA

Tutup nombor pendaftaran kenderaan isi RON95, pemandu didakwa esok

Bernama 13/01/2026 | 07:54 MYT
Pendakwaan terhadap lelaki berusia 63 tahun itu mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Pemilik kenderaan asing dari Singapura yang mengisi RON95 dengan menutup nombor pendaftaran pada awal Januari lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Kulai pada esok.


Ringkasan AI
  • Pendakwaan terhadap pemilik kenderaan asing dari Singapura yang mengisi RON95 dengan menutup nombor pendaftaran dilakukan di Mahkamah Majistret Kulai esok, berdasarkan Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Polis Daerah Kulai mendedahkan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah diubah, hasil daripada siasatan yang telah dijalankan.
  • Sebuah video viral memaparkan pemilik kenderaan Volkswagen Jetta berwarna perak dari Singapura mengisi RON95 di stesen minyak di Kulai, dan laporan diterima oleh pihak polis pada 4 Januari lepas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pendakwaan terhadap lelaki berusia 63 tahun itu mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan lanjut terhadap pemilik kenderaan tersebut telah dijalankan dan didapati nombor pendaftaran kenderaan itu telah diubah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 30 saat menerusi media sosial, yang memaparkan tindakan pemilik kenderaan jenis Volkswagen Jetta berwarna perak, dengan nombor pendaftaran Singapura sedang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai.

Tan berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai menerima laporan berkenaan video tular itu pada 4 Jan lepas, kira-kira 5 petang.

Polis sebelum ini mengesahkan pemilik yang juga pemandu kenderaan itu merupakan pemegang status penduduk tetap (PR) republik itu.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa tindakan undang-undang yang diambil terhadap pemilik kenderaan dari Singapura yang mengisi RON95 di Kulai?
    A: Pemilik kenderaan tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Kulai mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Q: Apakah hasil siasatan yang dilaporkan oleh Polis Daerah Kulai berkaitan dengan pemilik kenderaan tersebut?
    A: Hasil siasatan menunjukkan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah diubah.
  • Q: Bilakah laporan berkenaan video viral pemilik kenderaan dari Singapura itu diterima oleh pihak polis?
    A: Laporan berkenaan video viral diterima oleh pihak polis pada 4 Januari lepas, kira-kira jam 5 petang.



#RON95 #video tular #Mahkamah Majistret Kulai #tutup nombor pendaftaran