MALAYSIA
Tutup sekolah pondok: MCMC sedang kenal pasti pihak terlibat sebar berita palsu
Fahmi berkata aduan telah dibuat kepada MCMC, bagi menjalankan siasatan terhadap perkara itu. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihak yang terlibat menyebarkan berita palsu mengenai dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan mengarahkan penutupan sekolah pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata aduan telah dibuat kepada MCMC, bagi menjalankan siasatan terhadap perkara itu.
"MCMC akan mengenal pasti mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebar berita palsu ini.
"Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut," katanya pada sidang media mingguan, di sini hari ini.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI turut mengingatkan rakyat negara ini agar sentiasa berhati-hati dengan sebarang kandungan yang disebarkan melalui media sosial serta membuat pengesahan kesahihan maklumat.
"Saya mohon supaya kita sentiasa berhati-hati dengan kandungan yang disebar terutama dalam media sosial dan sahkan berita atau maklumat yang kita terima dengan media arus perdana," katanya.
Fahmi berkata penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Media sebelum ini melaporkan Mohd Na'im menafikan dakwaan berkenaan dan berkata Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi sokongan penuh kepada institusi pendidikan Islam termasuk sekolah pondok, madrasah dan tahfiz sebagai tunjang pembangunan Malaysia MADANI.
Mohd Na'im turut menyifatkan tindakan penyebaran tuduhan itu sebagai tidak berasas terutamanya yang melibatkan isu sensitif seperti institusi agama kerana ia boleh mengancam keharmonian masyarakat.
-- BERNAMA