awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TVET: Kadar kebolehpasaran graduan satu pencapaian yang baik - TPM Zahid

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2025
13:37 MYT
TVET: Kadar kebolehpasaran graduan satu pencapaian yang baik - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata kebolehpasaran graduan daripada institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula pada kadar 98.7 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) nasional disifatkan sebagai satu pencapaian yang baik selepas ia merekodkan sebanyak 94.5 peratus, setakat ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebolehpasaran graduan daripada institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula pada kadar 98.7 peratus.
Beliau menambah, setakat ini terdapat lebih 1,300 institusi TVET di seluruh negara, dengan sekitar 436,000 pelajar mengikuti pelbagai kursus yang menawarkan nilai tinggi.
"Apabila ia dinilai tambah melalui kursus-kursus TVET, ini yang akan menarik majikan untuk mengambil lepasan TVET kerana mereka tidak lagi perlu melatih asas-asas untuk bidang-bidang yang mereka perlukan.
"Hal ini kerana kurikulum dalam TVET telah menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan industri tertentu dan ini amat menarik.
"Apa yang penting ialah kita menyesuaikan kursus-kursus itu dengan kehendak industri dan kita mengadakan perbincangan dengan pihak majikan dan pemain-pemain industri mengenai bidang apa yang diperlukan," katanya dalam program Agenda AWANI yang disiarkan pada Rabu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah permohonan untuk kemasukan ke institusi TVET pada sesi Julai depan juga mencatatkan lebih 100,000 orang setakat ini.
Jelas beliau, sambutan menggalakkan itu mencerminkan tahap kesedaran ibu bapa bahawa TVET merupakan satu ekosistem pendidikan baharu yang tidak konvensional dan konservatif.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan komitmen kerajaan sekarang tidak akan pernah meminggirkan mana-mana kumpulan melalui sistem pendidikan yang berbeza, termasuk meletakkan TVET sebagai platform untuk memperoleh kerjaya yang baik.
Mengenai Sambutan Hari TVET Negara 2025 pula, Ahmad Zahid berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 150,000 pengunjung.
Hari TVET Negara akan berlangsung dari 11 hingga 13 Jun ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#TVET
#Kebolehpasaran TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan